
Katanya, mereka perlu bijak mengawal emosi ketika berdepan sebarang insiden provokasi.
Menurutnya, polis juga bersiap siaga menghadapi PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu 12 Ogos ini termasuk penamaan calon pada 29 Julai.
“Saya percaya seluruh petugas polis bersiap sedia sepenuhnya memberikan perkhidmatan terbaik untuk PRN kali ini.
“Dalam kita melaksanakan tugas yang diamanahkan, kesihatan dan keselamatan diri juga perlu diberi keutamaan.
“Pucuk pimpinan pasukan akan berusaha memastikan kebajikan petugas polis sepanjang PRN kekal terjaga,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan ketua polis negara di Bukit Aman, menurut Berita Harian.
Beliau berkata, seramai 9,600 pegawai dan anggota polis akan dihantar ke enam negeri terbabit bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.