SPRM kenal pasti penguat kuasa sekongkol seludup sisik tenggiling

SPRM kenal pasti penguat kuasa sekongkol seludup sisik tenggiling

SPRM berkata pihaknya giat memperoleh maklumat dalam siasatan kes itu dan menahan seorang lagi individu menjadikan jumlah ditahan setakat ini lapan orang.

Empat lelaki direman SPRM 15 Julai lalu selepas disyaki menyogok penguat kuasa bagi menyeludup dan melupuskan sisik tenggiling serta terlibat aktiviti pengubahan wang haram
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti pegawai penguat kuasa bersekongkol dengan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling serta terbabit aktiviti pengubahan wang haram.

Dalam kenyataan SPRM berkata, pihaknya giat memperoleh maklumat dalam siasatan kes itu dan menahan seorang lagi individu menjadikan jumlah ditahan setakat ini seramai lapan orang.

“Dalam perkembangan terkini berhubung Ops Jaguar, SPRM merakam pernyataan individu dan membuat penggeledahan di kediaman serta premis terlibat,” katanya.

Sehubungan itu, SPRM juga mengesan seorang lelaki, Sheikh Biman Sheikh Ahmad, 43, beralamat terakhir di Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Siti Norazirah Ramli di talian 03 88700249 atau 019 8557290,” katanya.

Pada 15 Julai lalu empat lelaki direman SPRM selepas disyaki menyogok penguat kuasa bagi menyeludup dan melupuskan sisik tenggiling serta terlibat aktiviti pengubahan wang haram.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.