
Menurutnya, pengumuman calon dari pelbagai latar belakang itu akan dibuat pada 27 Julai ini.
“Badan Perhubungan PN Kelantan sudah selesai membuat tapisan senarai calon yang mana sebanyak 39 kerusi DUN akan ditandingi PAS, manakala enam kerusi lagi untuk Bersatu.
“Satu lagi kerusi belum diputuskan sama ada di DUN Kuala Balah atau Bukit Bunga, juga dalam Parlimen Jeli,” katanya dalam sidang media khas yang disiarkan di Facebook PN Kelantan.
Ketika ditanya berkaitan kriteria pemilihan calon PAS, Wan Roslan berkata parti itu mementingkan individu yang berimej bersih serta personaliti calon yang terbaik.
“Berkenaan dengan calon wanita, kita akan pastikan jumlahnya kekal seperti sedia ada dan berkemungkinan lebih daripada jumlah itu bergantung kepada pengumuman nanti,” katanya.
Sementara itu, Wan Roslan memaklumkan PN Kelantan akan melancarkan manifesto mereka pada 31 Julai depan.
“Kita akan membuat tawaran pelbagai program baharu kepada rakyat Kelantan, sebab kita dah tadbir selama 33 tahun,” katanya.