
Dalam kejadian kira-kira 7.10 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah klinik berhampiran.
Ketua operasi bomba Labis Hairishah Wahid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.13 pagi.
Katanya, berdasarkan laporan awal, bas yang membawa tiga penumpang itu dipercayai dirempuh lori tangki berkenaan selepas keluar dari simpang berhampiran lampu isyarat dari arah Chaah ke Yong Peng.
“Seorang penumpang wanita berusia 45 yang juga ibu kanak-kanak berkenaan patah kaki kanan sementara seorang lagi wanita mengalami sakit di bahagian dada serta sesak nafas,” katanya, menurut Harian Metro.
Menurutnya, pemandu lori dan bas masing-masing berusia 65 dan 62 tahun itu pula mengalami kecederaan parah di kepala.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.