
Beliau mengambil maklum kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bahawa beberapa hospital akan menghadapi masalah kekurangan doktor, yang dikatakan berkait dengan urusan penempatan doktor, dan mahu kementerian mengambil tindakan yabng berkesan.
“Kita khuatir apa yang disebutkan dalam kenyataan tersebut, kalau benar, ia akan menjejaskan perkhidmatan kepada orang ramai, dan ia juga tidak adil kepada kakitangan hospital,” katanya di Facebook.
Semalam, FMT melaporkan Jabatan perubatan dalaman sebuah hospital di Melaka mengumumkan perkhidmatannya dikurangkan ekoran kekurangan pegawai perubatan bulan ini.
Menurut memo dalaman hospital yang disiarkan di platform media sosial Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), kekurangan tenaga manusia itu berikutan penempatan pegawai lantikan tetap baharu ke hospital-hospital di luar Melaka.
Menurut Sistem e-Housemen Kementerian Kesihatan, didapati tiada satu pun kerja kosong di hospital awam atau klinik kesihatan di Melaka bagi kira-kira 4,200 doktor yang sedang mencari kerja.
Melaka mempunyai tiga hospital utama iaitu Hospital Melaka, Hospital Alor Gajah, dan Hospital Jasin.