Akaun Facebook rasmi EAIC digodam

Akaun Facebook rasmi EAIC digodam

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dalam kenyataan memaklumkan akaun laman sosial itu digodam pada 11 pagi tadi.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berusaha mendapatkan kembali akses ke akaun Facebook tersebut.
PUTRAJAYA:
Akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) digodam dan tidak dapat diakses oleh semua pentadbir akaun.

Mengesahkan perkara itu, EAIC dalam kenyataan memaklumkan akaun laman sosial di alamat https://www.facebook.com/eaicofficial itu digodam pada 11 pagi tadi.

“EAIC sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mendapatkan kembali akses ke akaun tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, EAIC menafikan sebarang status atau kenyataan yang dimuat naik di laman itu selepas jam 11 pagi.

Semakan mendapati status terakhir di laman Facebook itu ialah pada 11 malam semalam mengenai sesi libat urus EAIC bersama Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia di Padang Besar, Perlis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.