Lelaki ditahan curi jeans, wang bekas majikan

Lelaki ditahan curi jeans, wang bekas majikan

Polis berkata mangsa dianggarkan mengalami kerugian RM4,150.

Suspek ditahan di kawasan Ukay Perdana pada 11.30 malam Isnin.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan kerana mencuri dua helai jeans dan wang tunai di pejabat bekas majikannya di Ukay Perdana.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, berkata mangsa menyedari pejabatnya dipecah masuk bekas pekerjanya pada 6.09 petang Ahad lalu hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, peniaga berusia 36 tahun itu kemudian memeriksa pejabatnya dan menemui kesan umpil pada lubang kunci pintu belakang pejabat.

“Antara barangan hilang adalah wang tunai dan dua helai jeans dengan anggaran kerugian RM4,150.

“Susulan itu, suspek ditahan polis pada 11.30 malam tadi di kawasan Ukay Perdana,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Katanya, suspek yang tidak bekerja disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.