Caj perkhidmatan jalur lebar turun selepas September

Caj perkhidmatan jalur lebar turun selepas September

SKMM berkata pengurangan harga berkenaan akan berlaku selepas rundingan perjanjian dimuktamadkan menjelang akhir September ini.

SKMM berkata lebih 6,000 pelanggan melanggan pakej jalur lebar tetap berkelajuan sehingga 30 Mbps ditawarkan kerajaan pada kadar RM69 sebulan.  (Envato Elements pic)
PETALING JAYA:
Pengurangan harga runcit untuk perkhidmatan jalur lebar dijangka dinikmati selepas rundingan perjanjian capaian dimuktamadkan September depan, menurut Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM dalam satu kenyataan menjelaskan rundingan tersebut akan bermula berdasarkan Tawaran Akses Rujukan (RAO) yang diterbitkan dan akan dimuktamadkan menjelang akhir September ini.

“Pengurangan harga runcit untuk perkhidmatan jalur lebar tetap berikutan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) hanya akan berlaku sejurus perjanjian capaian telah dimuktamadkan antara pihak penyedia perkhidmatan.

“Ketika ini, kebanyakan penyedia perkhidmatan sudah atau sedang dalam proses untuk menerbitkan RAO,” katanya.

Kenyataan SKMM itu susulan laporan sebuah portal hari ini yang mempersoalkan mengapa caj perkhidmatan jalur lebar belum turun walaupun selepas penguatkuasaan MSAP pada 1 Mac seperti diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Dalam pada itu, SKMM berkata, lebih 6,000 pelanggan melanggan pakej jalur lebar tetap berkelajuan sehingga 30 Mbps ditawarkan kerajaan pada kadar RM69 sebulan pada Februari lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.