Kit Siang arah peguam tuntut pampasan dari Annuar

Kit Siang arah peguam tuntut pampasan dari Annuar

Veteran DAP itu berkata beliau tidak akan menerima permohonan maaf selepas dikaitkan dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Lim Kit Siang mahu menuntut pampasan daripada Annuar Musa yang didakwa memfitnah.
PETALING JAYA:
Veteran DAP, Lim Kit Siang memutuskan untuk menuntut pampasan daripada Annuar Musa selepas ahli baharu PAS itu dilapor mengaitkannya dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

“Saya sudah mengarahkan peguam saya tidak menerima permohonan maaf Annuar dan menegaskan tuntutan pampasan kerana memfitnah saya,” kata bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam kenyataan.

Dua hari lalu, Lim mengancam menyaman Annuar selepas beliau dilapor mengaitkannya dengan peristiwa berdarah 13 Mei, dalam satu ceramah di Kelantan, menjelang PRN tidak lama lagi.

Annuar kemudian mencabar Lim segera menyamannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.