
Ketika berucap dalam satu himpunan di Kuala Terengganu, Terengganu menjelang PRN tidak lama lagi, Annuar membuat beberapa dakwaan lain lalu berkata “sila saman”.
“Kit Siang kata nak saman saya. Tolong kirim salam. Sekarang dia silap orang pilih nak saman, ambo (saya) minta Kit Siang percepat proses menyaman saya,” katanya.
Kelmarin, Malaysiakini melaporkan Annuar dalam ceramahnya di Kelantan mengaitkan DAP dan Lim dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Veteran DAP itu yang sebelum ini berkali-kali menafikan pembabitannya berkata buku didakwa Annuar mengandungi ucapannya mengapi-apikan isu Bumiputera dan bukan Bumiputera sebenarnya tidak wujud, dan mahu menyaman beliau.