
Beliau berkata orang muda tidak mengikut sejarah negara dan perjuangan pemimpin dulu.
“Kita hadapi masalah dengan orang muda kerana mereka tidak mengikuti sejarah negara, perjuangan negara kita,” katanya pada sidang media selepas majlis pertemuan dengan masyarakat mengenai Proklamasi Orang Melayu, di Pusat Konvensyen Shah Alam.
“Banyak daripada orang muda tak faham. Dia cakap mereka sekarang ‘okay’, tapi dia berada dalam keadaan ‘okay’ sekarang sebab kita.”
Sebelum ini, proklamasi itu dilaporkan bertujuan untuk menyatukan orang Melayu melangkaui garis politik.
Malaysiakini melaporkan semua pihak yang menandatangani proklamasi itu sepakat untuk bekerjasama pada PRN akan datang.