
Presiden Umno itu berkata Najib menyatakan sokongan kepada pentadbiran semasa, jadi penyokong disaran mengikut jejak langkahnya.
“Najib sendiri melalui anak-anak beliau menyatakan bahawa dukungan mesti diberikan kepada kerajaan perpaduan sekarang ini.
“Kalau Najib sendiri meminta bukan sahaja penyokong beliau tetapi juga rakyat supaya mendukung (kerajaan),” katanya pada sidang media.
Zahid berkata adalah penting untuk mengasingkan soal perundangan dengan soal PRN.
Katanya, tiada sebab untuk segelintir pihak berfikiran bahawa tiada usaha-usaha dilakukan untuk membela Najib.
Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah dalam kes rasuah membabitkan SRC International. Peguam dan penyokong percaya beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil. Langkah untuk mendapatkan pengampunan diraja yang disokong Umno dimulakan pada April.
Suruhanjaya Pilihan Raya semalam mengumumkan pilihan raya diadakan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu pada pada 12 Ogos.