
Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui pemilik kedai terbabit pada 7.50 pagi.
Ketua Polis Kemaman Hanyan Ramlan berkata bayi dianggarkan seberat 3.2 kg itu ditemui pemilik kedai ketika mahu memulakan perniagaan.
“Bayi itu telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.
“Bayi berada dalam keadaan sihat dan polis giat mengesan suspek yang membuang bayi terbabit,” katanya menurut Berita Harian.
Hanyan berkata klinik sekitar daerah terbabit sudah dihubungi dan diminta memaklumkan polis sekiranya menerima pesakit yang baru melahirkan bayi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.