
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad berkata daripada jumlah itu 309 diberi amaran, denda (88), lucut hak emolumen (51), tangguh pergerakan gaji (lapan), turun gaji (tiga), turun pangkat (tiga).
“Polis tidak pernah berkompromi terhadap mana-mana pegawai kanan atau pegawai rendah polis yang terlibat dalam sebarang kegiatan rasuah, salah laku dan salah guna kuasa.
“Kami ada data-data menunjukkan polis tidak berkompromi terhadap warga polis yang melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang negara,” katanya pada sesi perjumpaan ketua polis negara bersama ketua editor agensi media di Menara 1, Bukit Aman.
Azri berkata tahun lepas polis mengenakan tindakan buang kerja ke atas 154 pegawai kanan dan rendah, amaran (891), denda (232), lucut hak emolumen (119), tangguh pergerakan gaji (38), turun gaji (17), turun pangkat (15),
Pada tahun 2021 pula polis mengenakan tindakan buang kerja ke atas 117 pegawai kanan dan rendah polis, amaran (913), denda (316), lucut hak emolumen (150), tangguh pergerakan gaji (34), turun gaji (16) dan turun pangkat (25).
“Kesalahan yang dilakukan warga polis sekiranya jelas daripada segi melanggar peraturan dan kami terima laporan, polis akan buka kertas siasatan.
“Sekiranya warga polis terlibat dengan rasuah maka SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) akan buat siasatan manakala JIPS akan buka kertas siasatan daripada segi tatatertib,” katanya.