Dr M setuju tingkat sokongan kepada PN untuk PRN

Dr M setuju tingkat sokongan kepada PN untuk PRN

Selepas tiga tahun 'bersengketa' angkara Langkah Sheraton, kedua-dua bekas perdana menteri itu bertemu malam tadi.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata, menerusi pertemuan semalam, beliau dan Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk saling mengukuhkan perpaduan orang Melayu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk meningkatkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada PRN 12 Ogos depan.

Menerusi pertemuan bersama Pengerusi PN Muhyiddin Yassin semalam, mereka berdua juga bersetuju untuk saling mengukuhkan perpaduan orang Melayu.

“Kami telah berbincang panjang lebar tentang kedudukan dan masa depan orang Melayu tanpa menyentuh Proklamasi Orang Melayu secara khusus,” katanya dalam kenyataan.

“Pada dasarnya kami bersetuju untuk mengukuhkan perpaduan orang Melayu dan meningkatkan sokongan kepada Perikatan Nasional, khususnya dalam menghadapi PRN di enam buah negeri tidak lama lagi.”

Selepas tiga tahun “bersengketa” angkara Langkah Sheraton, Mahathir dan Muhyiddin bertemu malam tadi.

Muhyiddin berkata, pertemuan empat mata itu berjalan dalam suasana yang mesra dan saling hormat-menghormati.

Awal Jun, Mahathir dilaporkan berkata, beliau sedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekali lagi, tiga tahun selepas hubungan mereka renggang susulan “Langkah Sheraton”, menyaksikan pentadbiran beliau ketika itu tumbang dan digantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.