
Bekas setiausaha Pemuda PKR itu mengakui tindakannya mengguris perasaan ramai pihak dan mendapat teguran termasuk daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Saya memohon maaf kepada isteri dan keluarga Hadi, andai ciapan saya ini mengguris perasaan,” katanya di Twitter.
Sabtu lalu, Zaki menerusi Twitternya dilapor mendoakan nyawa Hadi diambil supaya “kerosakan” dibuat dapat dihentikan, selepas keadaan kesihatannya disebar di media sosial.
Tulisannya itu turut ditujukan kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas tahap kesihatannya dilaporkan merosot.
Beliau dibenarkan keluar semalam.