
Ketua Polis Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim, berkata rakaman video perbuatan sekumpulan penunggang motosikal berkenaan yang melakukan aksi “Superman” dan zig-zag tersebar menerusi laman sosial sejak semalam.
Beliau berkata, pihaknya giat mengesan semua penunggang motosikal berkenaan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Tindakan penunggang motosikal ini menyebabkan kegusaran dan ketakutan kepada pengguna jalan raya yang lain dan risiko kemalangan,” katanya dalam kenyataan.
Faizal memohon orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian dan video yang tular itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Alauddin Salehudin di talian 013 6420184 atau 03 60641222.