
“Dakwaan mengenai perkaitan itu adalah sangat tidak wajar untuk dipolemikkan tanpa asas jelas.
“Meskipun beliau (Zaki Yamani) pernah berkhidmat selaku Setiausaha AMK Keadilan sewaktu saya memimpin pada 2017, itu tidak membawa sebarang perkaitan atau makna pada masa kini dalam mana-mana kapasiti rasmi,” katanya dalam kenyataan.
Shamsul berkata, beliau telah pun berhubung dengan keluarga presiden PAS itu lebih awal sebaik sahaja berita mengenai keadaan kesihatannya tersebar.
“Komunikasi terjalin baik di samping kami turut diberi perkembangan terkini tentang kesihatan Tan Sri.
“Kami mendoakan keafiatan Tan Sri dan berharap agar ruang berziarah dapat diadakan sesuai beliau kembali stabil kelak,” katanya.
Dalam pada itu, Shamsul menggesa Ahmad Zaki Yamani supaya mengambil tanggungjawab di atas kenyataannya dibuat.
Semalam, portal berkenaan melaporkan Zaki selaku pembantu kepada Shamsul melalui Twitter mendoakan agar nyawa Hadi diambil supaya “kerosakan” dibuat dapat dihentikan, selepas situasi kesihatannya disebar di media sosial.
Terdahulu, Hadi dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan pemantauan doktor.