Lelaki didakwa bunuh teman wanita

Lelaki didakwa bunuh teman wanita

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya yang berada di bawah pengaruh dadah di sebuah di Taman Song Choon, Ipoh.

Tertuduh, Saini Irwandy Sofian Sani, 23, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh teman wanitanya dalam kejadian Sabtu lepas. (Gambar Bernama)
IPOH:
Seorang lelaki hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya semasa bergaduh di sebuah rumah kedai, Sabtu lepas.

Saini Irwandy Sofian Sani, 23, dituduh menyebabkan kematian Shahwani Abdullah, 24, antara 5 petang dan 4.54 pagi pada 24 Jun lepas di Taman Song Choon di sini, dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman mati.

Tiada pengakuan direkodkan, dan Majistret Jesseca Daimis menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta forensik, selain lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N M Moganaraj Mithra.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya yang berada di bawah pengaruh dadah di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon di sini minggu lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.