127 rakyat Malaysia dikenal pasti mangsa sindiket buruh paksa Filipina

127 rakyat Malaysia dikenal pasti mangsa sindiket buruh paksa Filipina

Kesemua mangsa diselamatkan oleh polis Filipina semasa operasi serbuan ke atas Pogo pada 27 Jun lepas, kata Kementerian Luar.

Seramai 127 mangsa sindiket buruh paksa hab Pogo, yang ditumpaskan pihak berkuasa Filipina pada Selasa, telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia.
PETALING JAYA:
Seramai 127 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket buruh paksa hab Philippine Offshore Gaming Operator (Pogo) yang ditumpaskan pihak berkuasa Filipina pada Selasa telah dikenal pasti, menurut Kementerian Luar.

Dalam kenyataan, kementerian itu berkata, mereka adalah antara sejumlah 134 orang mangsa yang dipercayai rakyat Malaysia.

“Kesemua mangsa telah diselamatkan oleh polis Filipina semasa operasi serbuan ke atas Pogo pada 27 Jun lepas,” kata Kementerian Luar, lapor Bernama.

Hasil lawatan konsular mendapati mendapati kesemua mangsa berada dalam keadaan baik, katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa tempatan sedang mengambil tindakan berhubung beberapa isu logistik dan kebajikan rakyat Malaysia tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.