
Menerusi kenyataan, Wisma Putra memaklumkan bahawa mereka antara 2,714 mangsa sindiket, buruh paksa dan tahanan salah yang diselamatkan oleh pihak berkuasa negara itu.
Kedutaan Besar Malaysia di Manila mengesahkan bahawa pihak berkuasa Filipina telah menyerbu syarikat Xinchuang Network Technology Inc dan berjaya menyelamatkan mangsa-mangsa yang terdiri daripada warganegara pelbagai negara.
Mangsa-mangsa yang dipercayai rakyat Malaysia akan menjalani proses siasatan, dokumentasi dan deportasi ke Malaysia dalam masa terdekat.
Sebarang maklumat terkini berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, menurut kenyataan itu.