DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai

DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai

Pembubaran DUN itu memberi laluan kepada PRN yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN yang dikuasai Pakatan Harapan (PH).
PETALING JAYA:
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan membubarkan DUN negeri itu pada Sabtu ini, bagi memberi laluan kepada PRN.

Memetik Bernama, perkara itu diumumkan Menteri Besar Aminuddin Harun selepas menghadap Tuanku Muhriz hari ini.

Susulan pembubaran DUN itu, PRN mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pada PRU15, enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN.

Media sebelum ini melaporkan pemimpin enam negeri terbabit mencapai kata sepakat masa paling sesuai berbuat demikian adalah dalam tempoh dua minggu terakhir Jun bagi membolehkan PRN diadakan serentak.

Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.