
Ini diikuti Johor, dengan 1.2 juta orang aktif bersukan, sementara tiga negeri tertinggi lain adalah Perak (0.9 juta), Pulau Pinang (0.8 juta), dan Kedah (0.7 juta).
Laporan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu juga menunjukkan rekreasi aktiviti paling popular dan kerap dilakukan oleh rakyat.
“Selain itu, aktiviti ‘brisk walking’ (2.8 juta), berlari (2.1 juta), berbasikal (1.5 juta) juga antara senaman digemari rakyat,” menurut statistik DOSM.
Kaji selidik itu melibatkan 16.1 juta responden, yang mana 8.7 juta terlibat dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Bancian itu juga mendapati 61% penduduk umur muda terlibat dalam sukan atau senaman, dengan Putrajaya mencatatkan penglibatan tertinggi iaitu 90.2% dan diikuti Selangor (80.6%).
Sementara kategori penduduk tua mencatatkan 33% penglibatan dalam aktiviti sukan atau senaman.
Menurut DOSM, kemudahan sukan dan senaman memainkan peranan penting bagi menggalakkan aktiviti fizikal, selain kesediaan dan keupayaan untuk menyediakan sumber yang diperlukan.
“Peralatan dan persekitaran yang kondusif amat mempengaruhi keseronokan aktiviti sukan dan senaman,” menurut DOSM.
Data ini pertama kali diterbitkan sejak lima edisi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia.