PAS nafi kenyataan ‘hanya bela nasib Melayu-Islam saja’

PAS nafi kenyataan ‘hanya bela nasib Melayu-Islam saja’

Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berkata kenyataan bertarikh 24 Jun itu palsu dan fitnah selain cuba memburukkan parti itu.

Sebaran palsu memetik Takiyuddin Hassan mendakwa PAS akan terus memperjuangkan nasib Melayu-Islam, susulan kenyataan Presiden Hadi Awang sebelum ini orang bukan Islam punca rasuah berleluasa dalam negara.
PETALING JAYA:
PAS menafikan mengeluarkan kenyataan media “hanya membela nasib kaum Melayu dan Islam sahaja”.

Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berkata kenyataan bertarikh 24 Jun itu adalah palsu dan fitnah, selain cuba memburukkan parti itu.

“Kenyataan media bertajuk ‘PAS akan terus mempertahankan dan membela nasib kaum Melayu dan Islam sahaja’ bertarikh 24 Jun 2023 adalah palsu dan fitnah semata.

“Ia nyata cubaan pihak tertentu untuk memburukkan PAS dan mempunyai niat yang tidak baik,” katanya di Facebook.

Sebaran palsu memetik kenyataan Takiyuddin mendakwa parti itu akan terus memperjuangkan nasib Melayu dan Islam, susulan kenyataan Presiden Hadi Awang sebelum ini, orang bukan Islam punca gejala rasuah berleluasa dalam negara.

Kenyataan itu juga mendakwa kaum Cina, India dan Bumiputera banyak mendatangkan mudarat kepada masyarakat sehingga menjejaskan ekonomi negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.