Jumaat cuti tambahan untuk penjawat awam Selangor

Jumaat cuti tambahan untuk penjawat awam Selangor

Cuti tambahan itu hanya khusus untuk penjawat awam yang berkhidmat dengan jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Setiausaha Negeri Haris Kasim berkata badan berkanun, anak syarikat dan sektor awam tidak tertakluk dengan arahan itu.
PETALING JAYA:
Kerajaan Selangor mengumumkan cuti tambahan pada Jumaat ini kepada penjawat awam di negeri itu sempena Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 29 Jun ini.

Setiausaha Negeri Haris Kasim berkata cuti tambahan itu khusus untuk penjawat awam yang berkhidmat dengan jabatan dan agensi kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan.

“Bagaimanapun, badan berkanun, anak syarikat dan sektor awam tidak tertakluk dengan arahan ini. Terpulang kepada majikan masing-masing.

“Kerajaan Selangor mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 18 Jun lalu, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.