Protes di Kedutaan Malaysia di Jakarta, bantah komik hina amah

Protes di Kedutaan Malaysia di Jakarta, bantah komik hina amah

Kumpulan dikenali 'Corong Rakyat' itu menuntut kerajaan Malaysia menghentikan percetakan dan jualan komik tersebut.

Polis Jakarta Selatan menempatkan 47 anggota memantau protes dibuat ‘Corong Rakyat’ yang membantah penjualan dan percetakan sebuah buku komik didakwa memburukkan pembantu rumah warga Indonesia. (Gambar Bernama)
JAKARTA:
Sekumpulan rakyat Indonesia berhimpun di luar Kedutaan Malaysia membantah penjualan dan pencetakan sebuah buku komik yang satu daripada halamannya didakwa memburukkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Penunjuk perasaan daripada pertubuhan bukan kerajaan dikenali “Corong Rakyat”, menuntut pihak berkuasa Malaysia menghentikan percetakan dan penjualan buku komik itu di beberapa rangkaian kedai buku di Malaysia.

Mereka turut menggesa pihak berkuasa menyiasat motif di sebalik cerita dan ilustrasi oleh penulis komik, Cheeming Boey.

Menurut berita tempatan, Boey, 45, ialah warga Malaysia yang dilahirkan di Singapura dan bermastautin di Amerika Syarikat.

Polis Jakarta Selatan menempatkan seramai 47 anggota untuk memantau protes yang bermula pada 12 tengah hari dan berakhir kira-kira sejam kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.