CAAM teliti pelantikan Voo, kata Loke

CAAM teliti pelantikan Voo, kata Loke

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, Chester Voo dilantik ahli lembaga pengarah disebabkan kepakarannya dan sumbangan kepada agensi itu sebelum ini.

Pelantikan Kapten Chester Voo dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) ke Berjaya Land dipertikaikan segelintir pihak. (Gambar Bernama)
SEPANG:
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menyiasat dakwaan konflik kepentingan dalam pelantikan bekas CEO badan itu, Chester Voo, sebagai ahli lembaga.

Voo yang bertugas di CAAM sehingga Disember 2022, menjadi CEO penerbangan kumpulan Berjaya Land pada Februari lalu. Menurut kenyataan syarikat pada masa itu, beliau menyelia penerbangan di bawah Berjaya: Berjaya Air, Asia Jet dan Rafflesia Airways.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, kesahan pelantikan Voo sebagai ahli lembaga CAAM telah dirujuk kepada penasihat perundangan badan pengawalan penerbangan itu.

Pada Selasa, bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang Woo Chee Keong berkata, pelantikan Voo yang juga eksekutif penerbangan, adalah konflik kepentingan dan melanggar Akta CAAM yang menyatakan tiada sesiapa boleh menjadi ahli badan itu sekiranya memegang jawatan atau pekerjaan berkaitan penerbangan.

Loke berkata Voo dilantik menjadi anggota lembaga berdasarkan kepakaran dan sumbangannya sebelum ini kepada CAAM sebagai CEO kumpulan dari 2020 hingga 2022.

Katanya, Voo membantu mengembalikan CAAM kepada Kategori 1 Pihak Berkusaa Penerbangan Persekutuan AS bagi keselamatan udara, tiga tahun selepas diturunkan ke Kategori 2 akibat kegagalan mematuhi tahap keselamatan penerbangan.

“Ketika beliau meninggalkan CAAM sebagai CEO, saya mempertimbangkan melantiknya kembali ke lembaga pengarah,” kata Loke. “Saya melantiknya dengan mengetahui beliau bertugas di Berjaya. Beliau dilantik Berjaya Land, bukannya Berjaya Air.

“Beliau memaklumkan tanggungjawabnya adalah Berjaya Land (dan beliau tidak) memantau operasi seharian bagi Berjaya Air,” kata Loke dalam sidang media di Terminal 1 KLIA.

Voo mempunyai pengalaman tiga dekad dalam industri penerbangan, dan memulakan kerjayanya sebagai juruterbang Penerbangan Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.