Berseluar pendek di Kelantan, wanita bukan Islam dikompaun

Berseluar pendek di Kelantan, wanita bukan Islam dikompaun

MPKB berkata wanita berusia 35 tahun itu melakukan kesalahan mengikut Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 2019.

Peniaga wanita memegang notis kompaun kerana berseluar pendek di kedainya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang wanita bukan Islam dikompaun kerana “berpakaian tidak sopan” di Kelantan, semalam.

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) berkata, notis itu dikeluarkan kepada pemilik perniagaan berusia 35 tahun ketika pegawai penguatkuasaannya melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan.

“Pemilik (perniagaan) bukan Islam itu didapati berseluar pendek di tempat awam, untuk itu dia diberikan notis kompaun,” kata Yang Dipertua MPKB, Rosnazli Amin menurut New Straits Times.

Beliau berkata, wanita itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 34(2)(b) Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2019, yang menyatakan pemilik perniagaan bukan Islam dan pekerja bukan Islam mereka perlu “berpakaian sopan”.

Menurut notis kompaun yang tular di media sosial, wanita itu perlu membayar dalam tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan undang-undang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.