PRN: Jangan kempen guna jentera kerajaan, menteri beritahu Japen

PRN: Jangan kempen guna jentera kerajaan, menteri beritahu Japen

Fahmi Fadzil bangkit perkara itu pada sesi libat urus dengan anggota Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) malam tadi.

Enam negeri akan terbabit PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, dan Kelantan.
KUALA LUMPUR:
Pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) diingatkan tidak sesekali menggunakan jentera kerajaan berkempen untuk parti politik dalam PRN akan datang.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata peringatan itu dibangkitkan beliau semasa sesi libat urus bersama pegawai lapangan Jabatan Penerangan Kelantan, malam tadi.

“Melalui sesi tertutup seperti ini, mereka dapat peluang meluahkan pandangan, cadangan dan permasalahan untuk tindakan segera.

“Saya juga mengingatkan semua pegawai JaPen agar jangan sama sekali berkempen untuk parti politik dengan menggunakan jentera Kerajaan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Fahmi yang dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan berkata sesi bertemu dengan pegawai kementerian atau agensi merupakan antara perkara yang dimasukkan dalam jadualnya pada setiap kali turun ke negeri-negeri.

Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang akan terlibat dalam PRN tidak lama lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.