
Sebaliknya bekas ahli jawatankuasa PAS itu berkata fokusnya kini untuk membantu memenangkan calon BN di Terengganu selain negeri lain.
“Saya tak akan bertanding dalam PRN ini, walaupun ada disebarkan berita saya bakal menteri besar (BN), itu tak berbangkit kerana saya tak berhasrat bertanding dalam PRN kali ini,” katanya di TikTok.
Pada PRU15, Khairuddin yang bertanding di atas tiket BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus disandangnya.
Media melaporkan bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu antara tiga bekas anggota Jemaah Menteri yang bakal mewakili BN pada PRN Terengganu.
Selain itu, bekas menteri pertanian dan industri asas tani Ahmad Shabery Cheek dan bekas timbalan menteri komunikasi dan multimedia Jailani Johari.
Bagaimanapun, Ahmad Shabery mengesahkan beliau tidak akan bertanding.