
Keputusan dibuat oleh Hakim Nor Hasniah Ab Razak selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada peringkat akhir kesnya, lapor Berita Harian.
Pada 1 Oktober 2021, Lokman, 50, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebarkan berita palsu di Facebook berhubung kemasukan warga India penyebab penyebaran Covid-19 dan kematian seorang pegawai polis akibat vaksin.
Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, Lokman didakwa dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada orang awam, menyebarkan berita tidak benar menggunakan profil ‘Lokman Adam’ di Facebook.
Ia disebar menerusi rakaman audio visual berhubung dakwaan warga India memasuki Malaysia menerusi penerbangan dari Bangalore, India sebagai penyebab penyebaran Covid-19.
Turut disebarkan, isu mengenai kematian pegawai polis, Shahriman yang meninggal dunia beberapa saat selepas suntikan kedua vaksin.
Kesalahan itu dilakukan pada 9 April dan 3 Mei serta dilihat pada 11 April dan 9 Mei 2021, di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.