
Hajiji berkata beliau menyedari situasi itu selepas Shell Timur Sdn Bhd yang menjalankan operasi runcit Shell di Sabah dan Labuan mengesahkan syarikat tersebut akan menutup beberapa stesen di Malaysia Timur untuk mengekalkan prestasinya, lapor Borneo Post.
“Saya akan bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman untuk mengetahui lebih lanjut mengenai situasi dan nasib peruncit yang terjejas di Sabah dan Labuan,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Penutupan itu dilapor membabitkan 10 stesen di Tawau, dua di Semporna, enam di Lahad Datu, 12 di Sandakan, dua di Labuan, dan masing-masing satu di Likas, Telipok, dan Kuala Penyu.