Diskaun 25% cukai taksiran rumah mampu milik di KL

Diskaun 25% cukai taksiran rumah mampu milik di KL

Pengurangan itu diberikan untuk cukai taksiran penggal kedua 2023, iaitu Julai hingga Disember, sehingga ia dinilai semula, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Antara yang layak menerima pengurangan 25% cukai taksiran penggal kedua tahun ini termasuk pemilik Rumawip dan PR1MA. (Gambar PR1MA)
PETALING JAYA:
Kerajaan memberikan pengurangan cukai taksiran sebanyak 25% bagi kediaman mampu milik terpilih di Kuala Lumpur yang siap selepas 2014 hingga sekarang.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, mereka yang layak menerima inisiatif itu termasuk pemilik Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip), PR1MA, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Residensi Wilayah di Kuala Lumpur.

“Pengurangan cukai taksiran ini memberikan manfaat kepada 25,677 pemilik rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan pengurangan hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak RM2.067 juta,” katanya.

Menurut Anwar lagi, pemotongan itu terpakai bagi cukai taksiran Julai hingga Disember tahun ini, sehingga ia dinilai semula.

Pemotongan itu selaras dengan hasrat kerajaan perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat, terutama golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Kuala Lumpur, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.