
Beliau yang juga presiden Bersatu berkata, Khairy sudah menjelaskan mengenai tawaran itu di podcast Keluar Sekejap.
“Tanya dia ada jawab dekat podcast…Tak payahlah bincang panjang tentang perkara itu.
“Saya telah nyatakan apa yang patut kita bincang. Jadi beliau telah beri penjelasan dalam media dan saya fikir (media) ‘mainstream’ telah bawa itu (penjelasan Khairy). Itu apa berlaku setakat ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PN di Publika.
Dalam episod terbaharu podcast Keluar Sekejap semalam, Khairy berkata beliau memohon “masa tambahan” untuk memikirkan tawaran menyertai Bersatu yang dibuat Muhyiddin pada bulan lalu.
Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata, beliau bertemu dengan pengerusi PN terbabit pada Isnin lalu yang memberikan lagi masa kepadanya untuk membuat keputusan.
Pada 17 Mei lalu, Muhyiddin secara umum menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kerana percaya Khairy mampu memberi sumbangan kepada parti.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata setakat ini PN belum menamakan calon untuk bertanding dalam enam PRN.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menafikan dakwaan beliau tidak mempunyai hubungan baik dengan Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin.
Beliau berkata dakwaan itu hanya ingin melaga-lagakan antaranya dengan Hamzah