Mara terima 2 bas elektrik untuk projek perintis di Langkawi

Mara terima 2 bas elektrik untuk projek perintis di Langkawi

Mara dipilih Hino Motors sebagai rakan mengoperasikan bas elektrik mereka yang pertama.

Bas Poncho Z EV itu memuatkan 11 tempat duduk dan boleh menampung sehingga 32 penumpang. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerima dua buah bas elektrik yang akan menjalani tempoh percubaan di Langkawi selama dua tahun.

Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya rasa bertuah dipilih syarikat pengeluar, Hino Motors, yang juga anak syarikat Toyota Group, sebagai rakan mengoperasikan bas elektrik mereka yang pertama.

“Bas in akan menjalani ujian keberkesanan di laluan terpilih bagi tempoh dua tahun sekaligus menyokong Matlamat Pengangkutan Mampan (SDG) Malaysia,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Mara.

Asyraf berkata projek perintis ini bagi mengalakkan pengangkutan mampan dan mengurangkan pelepasan karbon di pulau itu.

“Inisiatif ini juga merupakan kesinambungan dan komitmen kedua-dua pihak selepas menandatangani memorandum persefahaman pada Mac tahun lalu,” katanya.

Bas Poncho Z EV itu memuatkan 11 tempat duduk dan boleh menampung sehingga 32 penumpang. Dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan sistem yang akan mengurangkan pelepasan karbon, saiz yang kecil dan rendah memudahkan keluar masuk penumpang.

Ia dijadual beroperasi pada September tahun ini bagi menguji kesesuaian cuaca dan keadaan jalan raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.