Mahkamah tolak saman fitnah Guan Eng terhadap naib presiden MCA, The Star

Mahkamah tolak saman fitnah Guan Eng terhadap naib presiden MCA, The Star

Hakim mendapati tiada ada unsur fitnah dalam satu ulasan mengenai sebuah sekolah Cina di Johor.

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng diperintahkan membayar kos sebanyak RM20,000 dan RM30,000 terhadap Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng dan The Star.
GEORGE TOWN:
Mahkamah Tinggi di sini telah menolak saman fitnah difailkan oleh Lim Guan Eng terhadap Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng dan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Hakim Quay Chew Soon berkata ulasan yang ditulis Tan dalam The Star mengenai Lim dan pembiayaan untuk sekolah Cina tahun lepas adalah komen yang adil dan bukan fitnah.

Beliau mengarahkan Lim membayar kos sebanyak RM20,000 dan RM30,000 terhadap Tan dan The Star.

Peguam Lim, K Simon Murali, berkata anak guamnya akan merayu keputusan itu.

Dalam saman itu, Lim mendakwa Tan telah membuat dakwaan palsu dalam ulasan yang diterbitkan oleh The Star, yang mempersoalkan motifnya memperuntukkan pembiayaan untuk sekolah itu ketika beliau menjadi menteri kewangan.

Tan memberitahu dalam perbicaraan bahawa dia menulis ulasan itu selepas Lim memperuntukkan RM4 juta kepada SJK (C) Kuek Ho Yao semasa PRN Johor pada 2021.

Beliau berkata Lim telah mendakwa bahawa MCA dan Presidennya, Wee Ka Siong, tidak melakukan apa-apa untuk sekolah itu.

Tan juga berkata beliau telah dimaklumkan dengan pasti bahawa sekolah itu, sebagai balasan untuk peruntukan itu, bersetuju untuk memasukkan nama pembangunan perumahan ke dalam namanya.

Sekolah itu kini dikenali sebagai SJK (C) Kuek Ho Yao @ Eco Spring tetapi mengekalkan nama sedia ada dalam bahasa Mandarin.

Lim menafikan dakwaan ini, dengan berkata ulasan Tan memfitnahnya.

Terletak di UMLand Seri Austin di Johor, sekolah itu dinamakan sempena nama dermawan dan ketua masyarakat Cina, mendiang Kuek Ho Yao, abang kepada taikun Robert Kuok.

Wee dan bekas presiden MCA Liow Tiong Lai adalah antara mereka yang menghadiri majlis pecah tanah sekolah itu pada Mac 2018.

Mahkamah telah mendengar sebelum ini bahawa anak-anak Kuek tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap pertukaran nama itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.