Kedah tidak perbaharui lesen pusat urut jika langgar syarat

Kedah tidak perbaharui lesen pusat urut jika langgar syarat

Aktiviti hiburan di IPT juga tertakluk mengikut Enakmen Kawalan Hiburan.

Pemantauan berkala akan dibuat PBT, polis dan imigresen terhadap pusat urut di Kedah.
ALOR SETAR:
Kerajaan Kedah tidak akan memperbaharui lesen pusat urut dan refleksologi di negeri ini jika didapati wujud aktiviti tidak bermoral di premis berkenaan, demikian amaran tegas Menteri Besar Sanusi Md Nor.

Menurutnya, mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini telah membuat keputusan berhubung perkara itu dan pemantauan secara berkala akan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), polis dan imigresen ke atas premis berkenaan.

Selain itu, katanya, sebarang aktiviti hiburan di negeri ini termasuk di dalam IPT masih tertakluk mengikut Enakmen Kawalan Hiburan dan perlu mendapat permit daripada PBT.

“Jadi yang ‘tunjuk-tunjuk langit’ semua itu, nak buat macam itu, kena minta permit daripada Pegawai Daerah, kalau kita agak program itu tidak sesuai, ia tidak akan diluluskan walaupun dalam universiti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.