
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata Khairuddin bukan lagi ahli PAS maka beliau hanya perlu “menjaga Umno sahaja”.
“Jadi apa yang saya nak kata, perbaik Umno dulu sebelum nasihat PAS. Itu sahaja saya nak komen,” katanya kepada FMT.
Hashim mengulas kenyataan Khairuddin yang juga bekas setiausaha majlis syura Ulama bahawa PAS “menyeleweng dan memyempitkan” istilah Islam.
Semalam, Khairuddin mendakwa PAS menggunakan beberapa istilah Islam seperti ‘perjuangan Islam’, ‘istiqamah’, ‘dakwah’, ‘jihad’, dan ‘jemaah Islam’ bagaimanapun ia disempitkan makna dengan merujuk kepada organisasi itu sahaja.
Khairuddin berkata tindakan PAS itu “penyelewengan kepada istilah Islam”.
“Dakwaan dia tak betul, sebab tu saya kata seperti itu (perbaik Umno),” katanya.
“Dia bersama Umno. Bukan bersama PAS lagi sekarang, jadi jaga Umno sahajalah.