Saman Sulaiman Taib terhadap ibu tiri ‘tak berasas’, kata peguam

Saman Sulaiman Taib terhadap ibu tiri ‘tak berasas’, kata peguam

Shankar Ram turut menggesa orang awam daripada membuat spekulasi berhubung kes itu.

Sulaiman Taib memohon injunksi bagi menghalang pemindahan saham kepada Raghad Kurdi Taib.
PETALING JAYA:
Saman difailkan terhadap Raghad Kurdi Taib, isteri Gabenor Sarawak Abdul Taib Mahmud, berhubung saham diterimanya daripada sebuah syarikat swasta disifatkan “tidak berasas,” kata peguamnya.

“Ia tidak patut difailkan di mahkamah pun,” kata Shankar Ram dipetik The Borneo Post.

Beliau mengulas saman difailkan anak ketiga Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, terhadap ibu tirinya pada 15 Jun.

Sulaiman memohon injunksi bagi menghalang pemindahan saham kepada Raghad.

Shankar berkata laporan berita tertentu mungkin bersifat fitnah terhadap Raghad seterusnya menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kes itu.

Sulaiman yang juga bekas timbalan menteri pelancongan, adalah pengarah urusan Cahya Mata Sarawak Group.

Beliau diwakili peguam Alvin Chong dan Jonathan Tay.

Ibu Sulaiman, Allahyarham Laila Taib, meninggal dunia pada April 2009 dan Taib mengahwini Raghad pada Disember tahun berikutnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.