
Presidennya, Adnan Mat berkata, sebaliknya apa yang perlu diberi keutamaan kini adalah permasalahan dan kebajikan warga kerja tersebut.
Beliau menjelaskan, pakaian jururawat bertepatan dengan kod pakaian profesion itu, yang dibuat berdasarkan garis panduan yang sentiasa ditambah baik.
“Pemakaian seluar panjang dengan baju berlengan panjang ketika ini adalah amat sopan dan menutup aurat. Rekaan pakaian tersebut juga memudahkan pergerakan jururawat ketika melaksanakan tugas yang sentiasa memerlukan pergerakan fizikal.
“Soal pakaian ketat itu lebih kepada individu dan tidak menggambarkan keseluruhan jururawat dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada sidang Dewan Rakyat Khamis lepas, Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor mempersoalkan etika pemakaian jururawat wanita yang menurutnya, ketat dan tidak patuh syariah.