
Katanya, Kertas Putih Kesihatan “kekal tidak diketahui orang awam”, memandangkan kurangnya penjelasan kepada masyarakat.
“Sebenarnya, kertas itu sepatutnya menangkap imaginasi rakyat kerana Kementerian Kesihatan bertanggungjawab mendidik masyarakat berhubung perkara itu,” katanya dalam podcast mingguan, Keluar Sekejap.
“Saya harap ada pelan komunikasi lebih baik melibatkan lebih ramai masyarakat. Kebanyakkan orang yang biasa saya bercakap tak sedar,” katanya.
Khairy berkata, perkara paling signifikan berkaitan kertas itu adalah memandu sistem kesihatan negara ke arah lebih tinggi dalam tempoh 15 tahun.
Katanya, perubahan itu akan berlaku sekiranya kerajaan komited 5% kadar keluaran dalam negara kasar dalam bajet tahunan bagi penjagaan kesihatan, berbanding 2.58% ketika ini.
Beliau berkata, tahap 5% merupakan paras penerimaan minimum untuk negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.
“Apabila kita sudah mencapai 5%, akan nampak peningkatan, masa menunggu lebih pendek dan kurang sesak. Tempoh menunggu doktor pakar kerajaan (ketika ini) lama, memaksa mereka pergi ke hospital swasta yang mana lebih mahal,” katanya.
Kertas Putih Kesihatan diluluskan Dewan Rakyat, selepas dibahas 28 Ahli Parlimen.
Kertas itu menetapkan cabaran dihadapi sistem kesihatan termasuk reforms untuk dilaksanakan pada 15 tahun akan datang.
Khairy memuji pembentangan Kertas Putih Kesihatan, sambil menyatakan penggantinya, Dr Zaliha Mustafa layak dipuji dan berkata beliau bangga kerana kertas itu dimulakan ketika menjadi menteri kesihatan, berjaya diluluskan.