Jualan bazar Ramadan, Aidilfitri cecah RM2.5 bilion

Jualan bazar Ramadan, Aidilfitri cecah RM2.5 bilion

Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.5 bilion, iaitu meningkat 5.9% berbanding tahun lepas.

Selangor mendominasi nilai jualan di bazar Ramadan dan Aidilfitri, dengan rekod sebanyak RM0.6 bilion, dan seramai 32,760 orang pekerja.
PETALING JAYA:
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.5 bilion, meningkat 5.9% berbanding tahun lepas.

Bilangan pekerja dilaporkan bertambah 30.3%, mencatat 203,667 orang.

Jualan di Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan menyumbang 50% nilai jualan keseluruhan, menurut laporan DOSM.

“Dari segi prestasi mengikut negeri, Selangor mendominasi nilai jualan dengan rekod sebanyak RM0.6 bilion dengan bilangan pekerja seramai 32,760 orang pekerja, diikuti Johor, RM0.4 bilion (35,417 pekerja) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan RM0.3 bilion (10,098 pekerja).

Selangor mencatatkan nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri tertinggi, diikuti oleh Johor dan Kuala Lumpur.

“Di peringkat daerah pentadbiran, Johor Bahru mencatatkan nilai jualan tertinggi dengan RM207.6 juta, diikuti oleh Petaling (RM204.5 juta) dan Klang (RM87.4 juta),” menurut laporan itu.

Nilai jualan bazar Ramadan menunjukkan peningkatan 2.4%, iaitu RM2.0 bilion, manakala bagi bazar Aidilfitri, nilai jualan meningkat sebanyak 21.4% berbanding tahun lepas (RM0.4 bilion).

Bazar Ramadan di Selangor mencatatkan nilai jualan tertinggi, iaitu sebanyak RM451.4 juta, diikuti Johor (RM313.5 juta) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM264.3 juta).

Bagi peringkat daerah pentadbiran, Petaling merekodkan nilai jualan tertinggi, sebanyak RM186 juta. Kedua tertinggi ialah Johor Bahru, dengan nilai jualan sebanyak RM148.3 juta, diikuti oleh Ulu Langat (RM64.3 juta).

Daerah pentadbiran merekodkan nilai jualan tertinggi bagi bazar Ramadan dan Aidilfitri ialah Johor Bahru, diikuti oleh Petaling dan Klang.

Begitu juga bagi bazar Aidilfitri, Selangor mencatatkan nilai jualan tertinggi, iaitu RM112.7 juta, diikuti Johor (RM97.5 juta) dan Melaka (RM47.4 juta).

Pada peringkat daerah pentadbiran, Johor Bahru mencatatkan nilai jualan tertinggi, iaitu sebanyak RM59.3 juta, diikuti Klang (RM53.6 juta) dan Melaka Tengah (RM43.5 juta).

Sementara itu, bilangan pekerja bazar Ramadan mencatatkan peningkatan 28.2% berbanding 133,726 orang pada tahun lepas, manakala bazar Aidilfitri mencatatkan jumlah pekerja meningkat 42.6% kepada 32,281 orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.