
Saifuddin berkata kedudukan itu memberi “kelegaan” dalam menjalankan urusan perniagaan dengan negara lain.
“Contohnya sektor perladangan, jika negara pada Tahap 3 Pemerhatian ada halangan untuk memasarkan produk ke luar negara.
“Tetapi sekarang mereka mengeluarkan Sime Darby, Top Glove and Felda Global Ventures daripada senarai, ia melegakan kita,” katanya pada sidang media.
“Begitu penting dan bermakna laporan itu.”
Malaysia tidak lagi berada pada tahap terendah dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang (TIP), naik daripada Tahap 3 Pemerhatian kepada Tahap 2.
Menurut laporan yang dikeluarkan malam tadi itu, pemerdagangan orang dan operasi penipuan siber masih menjadi kebimbangan bagi Malaysia kerana dalangnya mengeksploitasi pengangguran yang berleluasa semasa dan selepas wabak Covid-19.
Malaysia diletakkan pada Tahap 2 Pemerhatian dari 2018 hingga 2020 sebelum jatuh ke Tahap 3, iaitu tahap terendah, pada 2021 sehingga tahun lepas.