
PETALING JAYA: Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib memfailkan saman terhadap ibu tirinya, Raghad Kurdi Taib, menurut The Borneo Post.
Laporan itu mengatakan saman berkenaan adalah berkaitan pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.
Sulaiman, anak ketiga Gabenor Sarawak Abdul Taib Mahmud, memohon injunksi bagi menghalangnya.
Mahkamah Tinggi menetapkan sebutan kes itu pada Isnin di depan Hakim Alexander Siew.
Sulaiman yang juga bekas timbalan menteri pelancongan, adalah pengarah urusan Cahya Mata Sarawak Group.
Ibunya, Allahyarham Laila Taib, meninggal dunia pada April 2009, dan Taib mengahwini Raghad pada Disember tahun berikutnya.