
Beliau berkata fi yang dikenakan sama untuk semua pesakit dan sebarang penstrukturan fi perlu melibatkan kajian dan libat urus dengan pihak berkepentingan.
Tegasnya, kepentingan ketika ini memastikan golongan yang tidak berkemampuan atau rentan tidak terkesan.
“KKM tiada mekanisme untuk mengumpul lebihan fi walaupun ada pesakit yang sanggup dan mahu membayar lebih kerana mereka menghargai perkhidmatan komprehensif yang diterima” katanya di Dewan Rakyat, ketika membahaskan usul Kertas Putih Kesihatan.
“Sebarang perubahan struktur fi bukan sesuatu yang akan dijalankan dengan segera dan sewenang-wenangnya. Ia akan diteliti secara rapi dan telus dengan analisis wajar dan libat urus semua pihak yang berkepentingan.”