KWSP lulus RM835.4 juta bayaran inisiatif FSA2

KWSP lulus RM835.4 juta bayaran inisiatif FSA2

Jumlah itu melibatkan 40,196 permohonan setakat 26 Mei lepas.

Kementerian Kewangan berkata FSA2 membantu ahli KWSP memerlukan bantuan kewangan mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
KUALA LUMPUR:
Sejumlah RM835.4 juta diluluskan bagi bayaran Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membabitkan 40,196 permohonan setakat 26 Mei, 2023.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM790.8 juta telah disalurkan melalui MBSB Bank Bhd manakala RM44.6 juta menerusi Bank Simpanan Nasional.

“Kebanyakan yang tidak layak disebabkan tidak mencapai syarat seperti permohonan tidak lengkap, di luar umur kelayakan dan baki Akaun 2 yang tidak mencukupi,” katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu.

MOF menjawab soalan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) mengenai jumlah permohonan pencarum KWSP terbabit serta nilai diluluskan bagi inisiatif itu.

Inisiatif FSA2 bertujuan membantu ahli KWSP yang memerlukan bantuan kewangan mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Ia juga bertujuan mengimbangi kepentingan pendapatan persaraan di masa depan dengan impak minimum ke atas simpanan persaraan ahli yang banyak terjejas susulan pengeluaran ketika pandemik Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.