
Bekas menteri kebudayaan, kesenian dan warisan itu berkata penarafan sesuatu perkara itu perlu memenuhi syarat menyeluruh, salah satu syornya iaitu tidak menimbulkan kontroversi kaum dari sudut budaya, agama dan kehidupan.
Menurutnya, dalam hal itu Jabatan Warisan Negara seharusnya menasihatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Tiong King Sing yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan pihaknya akan mempertimbangkan perkara berkenaan.
“Kaji dulu sensitiviti masyarakat Malaysia,” katanya di Facebook.
Bak kut teh adalah hidangan sup tradisi tulang rusuk babi yang dimasak dalam herba tradisi, ia popular di kalangan masyarakat Cina.
Bagaimanapun, Tiong berkata secara asasnya makanan itu adalah campuran herba dan daging yang diletakkan di dalamnya terpulang kepada kepada penyedia.
Menurutnya, tidak menjadi isu untuk menjadikan bak kut teh sebagai makanan warisan kebangsaan kerana ia boleh menonjolkan menu tempatan kepada pengunjung luar terutamanya.