
Ini kerana RUU itu perlu mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terlebih dulu sebelum dibentangkan dan diluluskan di sidang DUN.
“Kita belum membuat sebarang keputusan berkenaan RUU anti-lompat parti dan kita akan berbincang perkara itu kerana perlu mendapat perkenan Tuanku Sultan.
“Persidangan DUN pada esok lebih tertumpu kepada urusan kerajaan dan kewangan terlebih dulu berbanding perkara lain,” katanya menurut Harian Metro.
Setakat ini, lapan negeri menguatkuasakan undang-undang anti-lompat parti, selepas pindaan pada perlembagaan masing-masing.
Lapan negeri itu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan, Sarawak, dan Sabah.
Johor antara empat negeri belum menguatkuasakan RUU itu selain Terengganu, Kedah, dan Pahang.
Pindaan itu dibuat selepas rang undang-undang anti-lompat parti yang melarang Ahli Parlimen bertukar parti diluluskan di Dewan Rakyat pada Julai 2022. Undang-undang itu kemudiannya digazet dan dikuat kuasa pada 5 Okt 2022.