
Seorang pemimpin MIC yang enggan dinamakan mengesahkan perkara itu kepada FMT.
Beliau menjelaskan Sivaraj dilantik ke jawatankuasa kerja pusat oleh Presiden MIC SA Vigneswaran selepas beliau tewas dalam pemilihan jawatan naib presiden pada 2021.
“Pelantikan dan tindakan mengeluarkannya daripada jawatankuasa kerja pusat adalah kuasa prerogatif presiden,” katanya yang menegaskan bahawa Sivaraj tidak dipecat daripada MIC.
Pemimpin MIC itu berkata, Sivaraj boleh kembali ke dalam kepimpinan MIC apabila parti itu mengadakan pemilihan pada tahun depan.
Pada PRU14, Sivaraj menang kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti 597 undi. Bagaimanapun, kemenangan beliau dibatalkan mahkamah pada 2018 kerana terdapat bukti amalan rasuah ketika pilihan raya.
Sivaraj kemudianya bertanding di Parlimen Padang Serai pada PRU15, tetapi pemilihan kerusi itu ditangguh selepas calon PKR M Karupaiya meninggal dunia sehari sebelum hari pengundian.
Susulan, kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, Sivaraj bersetuju memberi laluan kepada calon PH dalam pilihan raya kecil Padang Serai tetapi kerusi itu dimenangi Perikatan Nasional.
Sivaraj kemudiannya dilantik sebagai senator pada Mac lalu.