
PETALING JAYA: Akaun rasmi Facebook milik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu hari ini digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam satu kenyataan media, pejabat menteri memaklumkan akaun tersebut digodam pada jam 4 petang dan tidak dapat diakses oleh kesemua pentadbir akaun.
“Kami kini sedang berusaha mendapatkan kembali akses ke akaun Facebook tersebut.
“Justeru itu, sebarang status atau kenyataan yang dimuat naik di laman tersebut selepas siaran ini dikeluarkan adalah bukan daripada YB Datuk Seri atau pentadbir yang sah,” katanya.